Red Bow Tie

Selamat Membaca ea..^_^

Saturday 1 March 2014

AKU CINTA PADAMU AL QURAN


AKU CINTA PADAMU AL QURAN


28/4/2013 6:49pm
Terima kasih Ya Allah kerana masih menyanyangiku...

Hidupku berasa sangat lesu,,,aku seolah2 x bermaya dalam hidup ini selama beberapa hari ini....aku berasa sangat penat walaupun aku tidaklah buat apa2 sgat pun,,hanya tidur, bgun,,makan, g jalan2,,dengar lagu..tapi badanku,jiwaku dan emosiku berasa sangat penat,,aku x solat sebab aku xleh solat


Aku happy dapat g jalan2 ke rumah kakakku di kuching sarawak,,melawat tempat2 menarik,,tempat yg cantikk.makan nasi ayam penyet yg kurasakan paling sedap pernah aku cuba,,,tapi aku berasa ada sesuatu yg hilang dalam diriku,

Aku malas nk buka buku nak ulangkaji pelajaran, aku berasa apa2 yang aku buat nie x ada ertinya,,,,,aku berasa kosong  walaupun aku tahu tujuan penciptaan aku di bumi in sebagai khalifah dan hamba,,,

Di dalam bilik,,,aku mula muhasabah diri,,kenapa hidup aku macam nie dalam beberapa hari ini,,,kenapa aku rasa xder semangt jer nak buat apa2.,..

Aku cuba mencari di mana salahku...aku cuba mencari tahu apa yang aku tinggalkan yg membuatkan aku resah sebegini rupa...

Alhamdulilah,,cahaya hidayah  dariMU menyapaku dengan begitu lembut sekali....aku tersedar bahawa dalam hampir dua minggu aku x mendengar ilmu agama,,,,aku x membaca buku agama,,,aku x membaca Al-Quran sangat kerana dah seminggu
 aku xleh solat dan dah seminggu aku agak sibuk dengan test n quiz...

Aku teringat hadis Nabi yang mengatakn hati kita akan mati jika x mendengar ilmu agama...
Aku tahu,,nie la punca hatiku berasa tidak tenang dan tidak bersemangat..
Lalu aku search kat you tube ' video ceramah agama islam',,,banyak video yang ku jumpa,,tapi lambat sgt nk loading sebab line x berapa ok..
Lalu aku teringat video ceramah Ustaz Zahazan yang aku download lama dah,,tapi x tengok lagi..tajuknya adalah ' Agar Hati Sentiasa Hidup '...1:01:46 duration dyer...

Aku berasa sangat terkesan dengan langkah2 yang boleh dilakukan agar hati sentiasa hidup..


SENTIASA baca Al-Quran at least khatamkan 30 juzuk al quran dalam 3 bulan,,,,dalam satu bulan habiskan 10 juzuk al quran...1 juzuk ada 20 muka surat....dalam sebulan ada 200 
muka surat...habiskan 200 muka surat dlam 20 hari, so dalam sehari kita kena habiskan 10 muka surat...sebab dalam sebulan takut ada keuzuran2 muka surat selepas setiap solat fardhu...tapi kena banyakkan mujahadah n istiqamah...in shaa Allah 3 bulan pertama kita akan rasa susah, tapi tiga bulan seterusnya dan seterusnya dia kan menjadi kebiasaan kita....

Masya Allah sungguh indah cara Allah ingin memberi hidayah kepada hambaNya...kepadaku..aku mula muhasabah diri,,,,dah lama dah aku x khatamkan baca Al-Quran .memg selama nie aku tahu betapa Al-Quran begitu penting dalam hidupku...sebagai panduan hidupku,,,tapi aku x ada strategi  untuk istiqamah mengamalkan baca Al-Quran, sedangkan keimanan kita haruslah diikuti dgn amal...barulah jelas keimanan kita...


Aku berasa sangat berdosa kepada Allah,,kepada Nabi Muhammad dan kepada Al-Quran telah lama tidak ku baca Al-Quran dan tafsirannya....kalaupun kubaca,,,tapi bukan dengan penghayatan,,,

Lalu, aku mengambil Al-Quran yang selama ini begitu setia denganku...sentiasa menyeru namaku supaya aku memegangnya, menyelak helaiannya, membacanya, dan mengambil hikmah darinya,,tapi aku x sedar selama nie,,,kesibukan kehidupan sebagai student telah menutup mata hatiku untuk sentiasa bersama2 denganmu wahai Al-Quranku yang amat aku cintai...
Aku pegang Al-Quranku  ku selak dan ku baca maksud aytnya...

Menitis air mataku di atas kelalaian dan kealpaanku selama ini pada Al-Quran....
Aku bilang aku cinta pada Al-Quran tapi mana buktinya...sedangkan cinta memerlukan pengorbanan,, cinta memerlukan kita untuk membuktikannya supaya cinta kita adalah cinta yang sejati dan tulen bukan cinta orang orang munafiq,..

Ya Allah, mulai saat ini aku berazam walau apa pun yg terjadi,,,walau sesibuk dan penat manapun diriku,,,tidak akan aku abaikan Al-Quran,,surat cinta yang kau turunkan untukku ini,,,hamba yang sangat Kau sayangi,,


Tapi aku mohon Ya Allah agar Engkau menguatkan diriku untuk mujahadah di jalan Mu ini kerana aku tahu mujahadah di atas jalan Engkau akan dipenuhi dengan banyak kepahitan dan pengorbanan,,
Tapi aku sudah bertekad untuk berada di jalan ini kerana kebahagiaan hati dan keredhaanMu yang sangat aku dambakan dalam hidup aku ini...tiada yang lain yang aku inginkan melebihi redhaMu yg amat ku dambakan....

Sekian,
'Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah'




AKU INGIN SI DIA SEPERTI AYAHKU

AKU INGIN SI DIA SEPERTI AYAHKU

Betul, aku setuju dengan kenyataan ini. Tapi, mungkin tidak semua akan setuju denganku.Memang betul, aku mengimpikan seorang lelaki dalam hidupku nanti seperti ayahku..

Yang selalu solat jemaah di surau,
Yang selalu pergi ke majlis ilmu,
Yang sabar melayan kerenah ibuku,
Yang menahan telinga mendengar bebelan ibuku,
Yang tabah menghadapi ujian yang menimpa keluargaku,
Yang mencuba sedaya upaya menberikan aku ilmu walaupun kadang2 ayahku x mampu,
Yang membuatkan aku tabah dan sabar menghadapi kepayahan hidup hanya dengan memandang dan teringatkan ayahku,
Yang mampu membuatkan aku mengalirkan air mata hanya dengan mengingati pengorbanan ayahku,
Yang mampu membuatkan aku tersenyum dan bahagia hanya dengan melihat ayahku tersenyum dan bahagia,
Yang selalu menyokong apa yang aku lakukan,
Yang tidak pernah memarahiku,
Yang tidak pernah memukulku,
Yang menjadi ayah yang TERBAIK untukku.....

Sungguh, dalam impian dan angan-anganku aku menginginkan seorang lelaki seperti ayahku....
Aku berdoa agar Allah memakbulkan doa2 ku...

Namun, andai jodoh yang Allah berikan kepadaku tidak seperti yang ku impikan, aku akan terima seadanya kerana aku yakin jodoh dariNya adalah yang TERBAIK untukku, untuk agamaku, untuk dunia dan akhiratku...

In Shaa Allah..^_^

Sekian, 
"Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah"