Red Bow Tie

Selamat Membaca ea..^_^

Monday, 13 January 2014

Hukum menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul semai rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w




Terdapat dalil umum daripada al-Quran yang dijadikan hujah ulama membenarkan diadakan 
sambutan Maulidur Rasul antaranya untuk menggalakkan umat Islam menjadi insan berjaya dengan
 mencontohi Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad), 
dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya 
(al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah al-A’raf, ayat 157)

Meraikan sambutan Maulidur Rasul juga termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawa Aku adalah berserta 
kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu
 tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan 
kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalan-Nya) secara pinjaman yang 
baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan 
dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya 
beberapa sungai.” (Surah al-Ma’idah, ayat 12)
Sabda Rasulullah SAW: “Belum sempurna iman seseorang daripada kamu, 
kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya 
dan manusia keseluruhannya.” (Riwayat Muslim)
Semai perasaan cinta
Memperingati dan menghayati perjalanan hidup Rasulullah SAW juga boleh 
menyemaikan perasaan cinta kepada Baginda. Kini ramai orang semakin jauh daripada 
perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW: “Belum sempurna iman seseorang daripada kamu, kecuali aku lebih
 dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.” 
(Riwayat Muslim)
Saidina Umar al Khattab berkata kepada Nabi Muhammad SAW: “Engkau lebih aku cintai daripada
 segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Baginda SAW berkata: Tidak, wahai Umar. Sampai aku lebih 
kamu cintai daripada dirimu sendiri. Saidina Umar berkata: “Demi Allah SWT, engkau sekarang 
lebih aku cintai daripada diriku sendiri. Baginda SAW berkata: 
Sekarang wahai Umar.” (Riwayat Bukhari)

Tiada salahnya meraikan sesuatu perayaan kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menyebut
 mengenai hari kebesaran. Semasa datang ke Madinah, Nabi Muhammad SAW mendapati orang 
Yahudi berpuasa pada Hari Asyura iaitu 10 Muharam.
Nabi SAW bertanya: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura? Jawab mereka: 
Ini adalah hari peringatan bila mana Firaun dikaramkan dan Musa dibebaskan. 
Kami puasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Rasulullah bersabda: 
Kami lebih patut menghormati Musa dibanding kamu.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Salafussoleh juga menyambut Maulidur Rasul. Mantan Mufti Mesir, Prof Dr Ali Jum’ah berkata:
 “Telah menjadi kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke-4 
dan ke-5 merayakan peringatan maulid Nabi SAW yang agung. Mereka menghidupkan 
malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah pendekatan kepada Allah seperti 
memberi makan fakir miskin, membaca al-Quran, berzikir, melantunkan puisi dan 
puji-pujian mengenai Rasulullah.”
Justeru, tidak perlulah kita mempertikaikan sama ada boleh atau tidak meraikan sambutan
Maulidur Rasul sebaliknya bersama melakukan sesuatu yang baik supaya umat Islam sentiasa 
mencintai Nabi Muhammad SAW. Pastikan pengisian majlis akan mendekatkan hati 
kita dengan Baginda.

From: Al Fakir Ustaz Muhammad Fazizul Helmi Raidzan

http://pondoktauhid.blogspot.com
I

Journey Of My Life

JOURNEY OF MY LIFE





Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

Sesungguhnya setiap langkah yang dilalui,
Setiap detik yang berlalu,
Memberikan sejuta makna kepada hidup ini,
seorang hamba yang kerdil,
Yang mengharapkan Redha dan CintaNya.

Hikmah dan pengajaran terhadap apa yang terjadi di dalam hidup ini 
dapat menjadikan kita seorang yang lebih baik daripada kelmarin 
seandainya kita faham...

Setiap ujian yang dilalui menjadikan kita lebih kuat dan bersedia 
untuk menempuh hari esok yang lebih mencabar....
Setiap kegembiraan yang dirasai menjadi memori indah yang akan kekal 
di dalam lipatan hidup ini..

Dalam perjalanan ini,
Seringkali aku rebah tersungkur,
Namun, kehadiranmu sahabat2 ku memberi aku semangat,
Untuk aku terus bangkit daripada kegagalan dan penderitaan ini...

Dalam perjalanan yang penuh berliku menuju Allah..


Sekian
“ Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH “

Kadang-Kadang


KADANG-KADANG...


Kadang2 dalam hidup ini, 
Kita mendapatkan sesuatu yang tidak pernah kita impikan...

Kadang2 dalam hidup ini,

Kita berasa sangat sedih dan kecewa,
Sehingga kita tidak mampu lagi melihat dari arah mana cahaya akan datang menerangi hidup kita...


Kadang2 dalam hidup ini,

Kita terpaksa beralah dengan perasaan kita sendiri demi sesuatu yang lagi penting daripada menjaga perasaan kita...

Kadang2 dalam hidup ini,

Kita cuba sedaya upaya untuk melupakn sesuatu peristiwa, tapi tidak berjaya...


Kadang2 dalam hidup ini,
Kegembiraan insan lain di sekeliling kita lebih penting daripada sekadar menggembirakan hati kita sendiri...


Kadang2 dalam hidup ini,
Kita berasa sangat sukar untuk meneruskan kehidupan
Hingga kita hampir berasa putus asa...


Kadang2 dalam hidup ini, 
Kegembiraan dan kebahagiaan datang tanpa kita merancang...


Kadang2 dalam hidup ini,
Kita lupa sejenak bahawa segalanya telah dirancang oleh Yang Maha Merancang...
Sehingga kita tertanya2, kenapa semua ini berlaku pada kita, bukan pada orang lain...
Padahal Yang Merancang sedang merancang yang TERBAIK untuk kita....
Yang tidak pernah pun kita sangka...
Hingga pada suatu saat, hati kecil kita akan berkata



"Terima kasih Ya Allah untuk semua ini, untuk semua yang pernah aku lalui,
Terima kasih Ya Allah kerana aku adalah aku yang sekarang"

Sekian
"Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah"